Powered by Blogger.

Maharaja Lawak Mega 2013.Menurut Ajo, 28, mereka tidak menyangka kumpulan Mamu terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi panas memandangkan mereka antara kumpulan ‘underdog’ dan tidak meletakkan harapan tinggi untuk terpilih ke peringkat seterusnya.
Nama kumpulan Mamu mungkin tidak sehebat kumpulan-kumpulan pelawak seperti Jambu, Sepahtu, Shiro dan Boboi yang turut bakal berentap di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013.
Berkat usaha sering berlatih sebelum menjelang kerusi panas Maharaja Lawak Mega 2013 malam semalam, nyata membuahkan hasil apabila mereka antara tiga kumpulan yang terpilih untuk mengisi kekosongan kerusi panas untuk layak secara automatik ke gelanggang hebat Maharaja Lawak Mega 2013.
Teka-teki kumpulan manakah yang bakal mengisi kekosongan kerusi panas MLM 2013 terjawab semalam selepas tiga kumpulan iaitu Mamu, Zero dan Gerak terpilih untuk layak secara automatik ke gelanggang Maharaja Lawak mega 2013 pada minggu hadapan.
Ini menjadikan sebanyak 16 peserta bakal bertanding merebut gelaran juara Maharaja Lawak Mega 2013 dan membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM500,000 manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM250,000 dan RM150,000.
Empat juri utama yang bakal mengadili program MLM kali ini juga turut dirahsiakan sehingga diumumkan di minggu pertama program ini bersiaran iaitu pada 15 November 2013 jam 10.00 malam di Astro Warna So jangan Lupa tonton Maharaja Lawak Mega 2013 minggu pertama